Monday, October 1, 2012

Arsenal vs Chelsea ( 1-2 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bulan september di tutup dengan kekecewaan. Itulah yang mampu diungkapkan sebagai seorang penyokong apabila melihat pasukan nya ditikam di laman sendiri  dihadapan lebih kurang 60 000 penonton yang hadir memenuhi Emirates Stadium untuk menyaksikan pertembungan 'London Derby' itu.

Arsenal ditumpaskan Chelsea dengan jaringan 1-2 menerusi jaringan Torres dan Mata manakala gol Arsenal disumbangkan Gervinho. Apa yang tidak kena dengan permainan Arsenal malam itu?.Tidak ada yang berbeza pada mulanya melainkan Koscielny dimasukkan sebagai pengganti Mertesacker yang sedikit tersasar dari ramalan kesebelasan yang bakal diturunkan. Sebaik wisel dibunyikan bermulalah permainan babak pertama yang menyaksikan Arsenal kurang memegang bola berbanding Chelsea. Peperangan di bahagian Midfield kali ini dilihat agak menarik dimana Arteta, Cazorla, Diaby menentang Mikel, Oscar dan Ramires. Diawal permainan petanda buruk sudah menjelma apabila Diaby terpaksa dikeluarkan awal digantikan Chamberlain dan pertukaran posisi berlaku antara Ramsey dan Chamberlain. Memang diakui perkara tidak diduga itu merencatkan kelancaran permainan Arsenal apabila trio midfield Arsenal seperti tiada idea untuk memecah benteng Chelsea. Mungkin keserasian yang kurang antara Ramsey dan dua midfield sedia ada Arsenal menyebabkan ruang diberikan lebih kepada trio midfield Chelsea. 

Kebuntuan Arsenal untuk mencipta peluang dikejutkan dengan gol set piece yang dijaringkan Torres. Arsenal yang tersentap dengan jaringan itu menggandakan asakan dan gol menjelma di akhir-akhir permainan babak pertama apabila Gervinho menyudahkan hantaran cantik Chamberlain. Babak pertama berakhir dengan jaringan 1-1. Bermula babak kedua  Arsenal dipaksa mengikut rentak Chelsea lagi walaupun beberapa kali cuba untuk memegang permainan. minit 57' Arsenal dihukum buat kali kedua pada situasi yang sama dan kali ini mudah buat Mata untuk mencatat nama selaku penjaring apabila Koscielny menahan bola kegawang sendiri. Arsenal dilihat bekerja keras untuk menyamakan kedudukan namun beberapa peluang penting disia-siakan begitu saja samada dikaki Cazorla, Giroud mahupun Gervinho. Permainan berakhir dengan Arsenal diberikan kekalahan pertama musim ini.

Rating pemain :

Mannone : 6.0
Jenkinson : 7.0
Koscielny : 5.5
Vermaelen : 6.5
Gibbs : 6.5
Ramsey : 6.5
Arteta : 7.0
Cazorla : 6.5
Podolski : 6.0
Gervinho : 6.5
Chamberlain : 6.5







No comments:

Post a Comment