Saturday, September 29, 2012

Pra Perlawanan Arsenal vs Chelsea


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga yang mengikuti penulisan ini berada dalam keadaan sihat sentiasa. Hari ini 29 September 2012 akan berlangsungnya "London Derby" yang menemukan dua buah pasukan yang masih gah di dalam persaingan liga tanpa menemui kekalahan buat masa ini. 

Arsenal pastinya mahu meneruskan kemenangan dan meranapkan rekod semasa Chelsea. Arsenal yang sebelum ini telah berhadapan dengan dua kelab yang berada pada kelasnya yang tersendiri Liverpool dan ManCity  berjaya menundukkan nafsu penyerang-penyerang berbisa kelab berkenaan dengan corak permainan yang ditunjukkan. Tiada lagi igauan Drogba dalam pertemuan kali ini, bersaksikan rekod semasa pastinya pertemuan malam ini menarik untuk kita tonton.

Rekod semasa kedua-dua pasukan dalam 5 perlawanan terakhir :

Arsenal : W-W-W-D-W
Chelsea : L-D-D-W-W

Di Matteo yang pada aku tidak tentu arah dalam mengemudi barisan kesebelasan Chelsea pastinya pening kepala untuk berhadapan pasukan seperti Arsenal di bawah kendalian pakar taktikal tersohor Arsene Wenger. Lihat bagaimana mereka menjulang trofi liga juara-juara menewaskan Bayern??lihat bagaimana aksi mereka di ajar bermain bola sepak oleh Atletico Madrid?? ya, dua aksi berbeza pada masa berbeza dengan pemain yang sedikit berbeza. Bukan niat untuk telalu mengecilkan Chelsea. Tetapi itulah hakikat seorang penyokong. Tahu akan kenyataan bilamana Arsenal dilekehkan sedangkan lihat bagaimana Chelsea menjadi juara Eropah, ditaburkan pula duit-duit yang ada kepada siapa yang ingin mereka kehendaki tetapi apa yang mereka buktikan??Atletico Madrid mudah merumus kekuatan JUARA eropah itu. Belilah seberapa ramai bintang sekalipun yang ada di padang cuma 11 pemain. Itulah jawapan nya. Taktikal adalah perkara penting dalam permainan bola sepak. Taktikal sentiasa berubah mengikut acuan pasukan yang bakal ditentang dan ini adalah sedikit kelebihan Arsenal pada malam ini.

Bagaimana Arsenal melayan pasukan besar seperti Liverpool dan Mancity begitulah apa yang perlu dilakukan pada malam ini. Lima perlawanan yang telah dilalui banyak menilai kekuatan Arsenal. Mental, fizikal, taktikal, teknikal semua nya sudah diuji. Kehilangan Community Shield ke tangan ManCity dan Uefa Super Cup ke atas Atletico Madrid pastinya menggambarkan situasi sebenar dan kelemahan Chelsea. Berbanding dengan Arsenal yang tidak kalah lagi dalam mana-mana perlawanan.

Kiranya menang malam ini pastinya membuatkan samseng-samseng di BPL mula menunjukkan rasa hormat kepada Arsenal terutamanya pengkhianat terulung Robin Van Persie. Kita akan setapak lagi ke puncak liga. Kita tidak perlu menghabiskan banyak wang, tetapi kita masih punya harga dan falsafah bola sepak yang perlu kita tunjukkan kepada pasukan-pasukan lain. Ibarat pepatah Melayu, 'Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya'. Itulah Arsenal, bila lepak di kedai mamak banyaklah kedengaran suara-suara sumbang penyokong kelab lain yang pandai-pandai mengkritik dan menilai kekuatan Arsenal sedangkan nama kapten pasukan disokong pun tak kenal.

Arsenal dijangka turun seperti biasa dan berikut merupakan kesebelasan yang mungkin akan diturunkan pada malam ini.

Mannone

Jenkinson     Mertesacker     Vermaelen    Gibbs

Arteta    Cazorla    Diaby

Ramsey    Gervinho    Podolski


Harapan semoga mereka ini dapat memusnahkan Chelsea pada malam ini. Sama-sama kita meyakinkan kemenangan supaya terus dalam kebanggaan Merah Putih Arsenal.


GoGunners,

No comments:

Post a Comment