Wednesday, October 17, 2012

Giroud Hero Les Bleus

Salam buat semua gooner, penggempur Arsenal yang baru sahaja melaungkan kehadiran beliau di dalam BpL pada perlawanan lepas setelah mendapatkan gol pertamanya menentang West Ham sekali lagi mencuri tumpuan pada perlawanan kelayakan piala dunia kumpulan I menentang Sepanyol awal pagi tadi.


Giroud yang hadir menggantikan Karim Benzema di minit 88 nyata membawa impak tersendiri apabila beliau menjaringkan gol penyamaan di minit akhir perlawanan ekoran hantaran lintang cantik dari Frank Ribery dan disudahkan dengan tandukan kemas ke sebelah kiri Casillas. Perancis yang tersentap lebih awal dengan gol yang dijaringkan Ramos di minit 25 tidak awal mengaku kalah dan berbaloi usaha mereka apabila mendapat gol penyamaan di masa kecederaan.

Dua orang lagi pemain Arsenal yang bersama dalam perlawanan Sepanyol dan Perancis itu adalah Koscielny dan Santi Cazorla. Koscielny lebih menarik perhatian ekoran tindakan kurang bijak beliau mengasari Pedro hampir sahaja menumbangkan Perancis setelah pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Sepanyol. Namun ketangkasan penjaga gawang musuh setempat Arsenal iaitu Hugo Lloris menafikan sepakan yang diambil bekas kapten Arsenal, Cesc Fabregas. Santi Cazorla pula datang menggantikan rakan baiknya David Silva yang cedera di babak awal permainan. 

Setelah keputusan pagi tadi diperoleh, Juara dunia itu sekadar berkongsi mata dengan Perancis untuk sama-sama mendahului kumpulan I.

Itulah sedikit sebanyak perkembangan semasa berkaitan pemain-pemain Arsenal kita. Satu petanda positif dari Giroud. 




No comments:

Post a Comment