Wednesday, October 10, 2012

Mannone Diintai

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk pengetahuan semua penyokong setia Arsenal, Inter Milan dan Napoli dikhabarkan berminat untuk mendapatkan penjaga gol ketiga Arsenal yang sedang berada pada prestasi terbaiknya menjaga gawang arsenal ketika ini,  Vito Mannone. 

Pemain berasal dari Itali berusia 24 tahun ini, mula menunjukkan persembahan meyakinkan semenjak ketiadaan penjaga gol utama Arsenal Szczesny yang masih lagi dibelenggu kecederaan.

Setelah pulang dari pinjaman bermain bersama Hull City beliau mula menunjukkan kematangan beliau dalam menjadi benteng terakhir pasukan. Beliau yang baru melepaskan 5 gol buat masa ini dalam kempen liga dan liga juara-juara sudah membuka mata banyak pihak terutama kelab-kelab dari Itali.

Tempoh kontraknya yang bakal tamat tidak lama lagi pastinya menjadi persoalan samada pemain ini masih ingin bersama Arsenal atau pun tidak. Sama-sama kita nantikan perkembangan semasa berhubung kontrak beliau bersama Arsenal. Arsenal amat memerlukan penjaga gol yang berkualiti seperti beliau selaku backup dan pesaing buat Szczesny. 

No comments:

Post a Comment