Wednesday, October 31, 2012

Reading vs Arsenal ( 5-7 )

Bismillahirrahmanirrahim. Puas menonton drama kejam yang yang panjangnya 2 jam. Rasa berdebar belum hilang dan teruja melihat semangat, kegembiraan yang terpancar di wajah yang awalnya terseksa mental fizikal beradu tenaga di hadapan berpuluh ribu penyokong lawan di Madejski stadium. Satu revival yang boleh dibanggakan buat semua gooners. Seolah-olah satu persembahan kepada legenda Arsenal Tony Adams yang turut hadir memberi sokongan kepada bekas kelabnya ini.

Nike vs Adidas


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Khabar terkini dari Utara London mengenai pasukan kita yang tidak kurang menariknya berkenaan penajaan jersi Arsenal untuk musim-musim yang akan datang. Hangat diperkatakan Arsenal bakal mengakhiri 18 tahun jalinan kerjasamanya bersama Nike.

Granero "Midfield is Arsenal Strongest Area"

Salam gooners, sekadar maklumat tambahan buat semua penyokong Arsenal yang mengikuti Arsenal Setia. Baru-baru ini pasti gooner di seluruh dunia gembira melihat pulangnya nombor 10 Arsenal yang kembali menjadi pelukis di padang dengan bantuan dua rakannya yang belum pernah membuat penampilan rasmi bersamanya sebelum ini iaitu Arteta dan Cazorla.

Pra Perlawanan Reading vs Arsenal

Salam buat semua gooner. Awal pagi ini skuad kendalian Arsene Wenger akan meneruskan cabaran Capital One Cup menentang Reading untuk ke pusingan seterusnya. Laman rasmi Arsenal telah mendedahkan 18 pemain terpilih yang akan berkunjung ke stadium Madejski dan sudah menjadi tradisi dalam menghadapi cabaran ini Arsenal akan menurunkan bakat-bakat mudanya untuk menimba pengalaman disamping menyelitkan beberapa pemain simpanan skuad utama sebagai aksi panas badan mereka.

Sunday, October 28, 2012

Arsenal vs QPR ( 1-0 )

Bismillhahirrahmanirrahim. Salam buat semua gooner. Hampir seminggu tidak menulis ekoran berhari raya di kampung, banyak perkara berlaku berkaitan Arsenal dan hampir semuanya bukanlah khabar gembira untuk dirai penyokong setia Arsenal. Sedikit ulasan tentang perlawanan semalam dimana Arsenal mencatat keputusan positif dalam meniti perjalanan pertengahan minggu ini menentang Reading dalam pertembungan Capital One Cup dan berkunjung ke Manchester United minggu hadapan dalam pemburuan 3 mata. 

Saturday, October 20, 2012

Santos Gembira di Arsenal

Andre Santos: Has caught the eye of Turkish side Galatasaray

Akhir-akhir ini hangat diperkatakan tentang perpindahan mengenai pemain bek kiri Arsenal berusia 29 tahun ini. Namun selepas kenyataan terbaru beliau menerusi temubual didalam laman rasmi Arsenal tentang persaingan merebut tempat dan isu perpindahan beliau pastinya ramai penyokong setia Arsenal berasa sedikit lega.

Wilshere ke Carrow Road?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak sibuk dengan tugasan, ambil sedikit masa diawal pagi ini untuk update situasi semasa di Utara London. Berita terbaru yang diperoleh tentang skuad Arsenal yang akan bertandang ke Carrow Road esok merupakan kemungkinan kelibat nombor 10 Arsenal bakal bersama skuad utama menjadi tetamu Norwich City.

Wednesday, October 17, 2012

Persediaan Harimau Malaya


Assalamualaikum dan salam gooners Malaysia. Malam tadi skuad Harimau Malaya telah berkunjung ke Hong Kong untuk meneruskan sesi panas badan mereka sebelum turun beraksi pada Piala Suzuki yang dijadualkan berlangsung bulan hadapan.

Giroud Hero Les Bleus

Salam buat semua gooner, penggempur Arsenal yang baru sahaja melaungkan kehadiran beliau di dalam BpL pada perlawanan lepas setelah mendapatkan gol pertamanya menentang West Ham sekali lagi mencuri tumpuan pada perlawanan kelayakan piala dunia kumpulan I menentang Sepanyol awal pagi tadi.

Mannone setia bersama Arsenal

Vito Mannone Vito Mannone of Arsenal looks on during the Emirates Cup match between Arsenal and Boca Juniors at the Emirates Stadium on July 30, 2011 in London, England.
Penjaga gol nombor tiga Arsenal Vito Mannone yang namanya mula disebut-sebut penyokong Arsenal semenjak kehadiran beliau menggantikan penjaga gol utama Arsenal Wojiech Szczesny tampil membuat kenyataan berhubung segala khabar mengenai masa depannya bersama Arsenal.

Khabar mengenai Santos

Assalamualaikum,dan salam sejahtera. Terkini berkaitan dengan pertahanan kiri berpengalaman Arsenal Andres Santos yang mula menjadi sebutan media di Eropah tentang masa depannya bersama Arsenal.

Sunday, October 14, 2012

Dilema Walcott

Masih hangat dengan cerita Walcott. Kes kali ini bukan berkenaan kecederaan Walcott tetapi tentang khabar angin yang mengatakan Arsenal sudah memulakan langkah menjejaki pengganti kepada pemain sayap England yang masih enggan menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal ini.

Saturday, October 13, 2012

Kecederaan menimpa Walcott

Theo Walcott yang menjadi pilihan mengisi kesebelasan utama Roy Hodgson dalam pertemuan menentang San Marino awal pagi tadi dalam kempen kelayakan piala dunia telah mendapat kecederaan ekoran cabaran keras yang diberikan penjaga gol San Marino.

Friday, October 12, 2012

Arsenal cari pemusnah Januari ini?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berita terkini yang sedang hangat dimainkan di media-media sekitar Eropah adalah mengenai Arsene Wenger yang dikhabarkan akan turun sekali lagi pada tingkap perpindahan yang bakal dibuka Januari ini untuk mencari 'pure striker' bagi mempertajamkan bahagian serangan Arsenal.

Thursday, October 11, 2012

Sorotan Perlawanan Antarabangsa

Alex Oxlade-Chamberlain Alex Oxlade-Chamberlain of Arsenal laughs with team mates during a training session at London Colney on September 17, 2012 in St Albans, England.
Assalamualaikum buat semua gooners. Sorotan perlawanan-perlawanan antarabangsa yang akan berlangsung sepanjang dua minggu ini, agak suram kem Arsenal dengan ketiadaan beberapa pemain utama yang berkhidmat bersama skuad negara masing-masing. Dibawah merupakan antara pemain Arsenal yang dipanggil.

Wednesday, October 10, 2012

Giroud gembira Arsenal pilihannya

Penyerang tinggi lampai Arsenal Olivier Giroud mendedahkan beliau tidak menyesal dengan pillihannya berhijrah ke  Arsenal. Beliau yang menjadi penjaring terbanyak Liga Perancis dan membawa Montpellier menjuarai liga itu  menegaskan beliau telah membuat pilihan yang tepat.

Mannone Diintai

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk pengetahuan semua penyokong setia Arsenal, Inter Milan dan Napoli dikhabarkan berminat untuk mendapatkan penjaga gol ketiga Arsenal yang sedang berada pada prestasi terbaiknya menjaga gawang arsenal ketika ini,  Vito Mannone. 

Monday, October 8, 2012

Podolski "i love derby games"



Pemain nombor 9 Arsenal Lukas Podolski mendedahkan beliau menyukai suasana gamat dalam perlawanan menentang jiran setempat. Bermain dalam suasana yang gamat dihadapan penyokong lawan seperti menentang West Ham merupakan pengalaman yang bermakna buatnya yang baru merasai pengalaman bermain di liga terbaik dunia ini. Bercakap selepas menentang West Ham United di Upton Park, beliau turut meluahkan rasa gembira melihat rakan barunya Olivier Giroud yang menjaringkan gol pertama dalam kempen liga setelah mendapat hantaran daripadanya.

Hatrik Van Persie

Assalamualaikum, berita gembira buat pencinta Van Persie. Setelah mendengar bisikan dari budak lelaki didalam hatinya yang menyuruh beliau berpindah ke Manchester Utd, Van Persie telah mempelajari banyak teknik-teknik dan kemahiran baru dari Alex Ferguson.

West Ham United vs Arsenal ( 1-3 )

Assalamualaikum buat semua. Sibuk dengan assignment dan exam membataskan untuk update berita terkini dari Emirates. Walau macamanapun, perlawanan Arsenal sememangnya tidak mungkin ditinggalkan termasuklah perlawanan terbaru menentang West Ham pada awal pagi ahad lalu.

Saturday, October 6, 2012

I'm Not Fabregas

Cazorla: Jangan Sebut Saya 'The New Fabregas'
Pemain nombor 19 Arsenal Santi Cazorla mengharapkan semua penyokong Arsenal tidak menyamakan beliau dengan bekas kapten Arsenal Francesc Fabregas.

Cazorla "Silva membantu untuk memilih Arsenal"

Terbaru perancang tengah Arsenal, Santi Cazorla mendedahkan David Silva merupakan salah seorang yang membantunya dalam membuat keputusan untuk berhijrah ke Arsenal pada musim perpindahan yang baru saja berlalu. Dua rakan baik yang bermain dalam skuad kebangsaan Sepanyol ini telah berhubung untuk membincangkan soal perpindahannya ke Arsenal. 

Arsenal vs Olimpiakos ( 3-1 )


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua gooner. Salam kebangkitan buat semua penyokong setia Arsenal yang telah melupakan kekecewaan tumpas di tangan Chelsea Sabtu lalu. 

Monday, October 1, 2012

Lagenda Acuan Arsenal


Buat penyerang-penyerang Arsenal, belajarlah sesuatu dari bekas hero Arsenal ini. Walau dimana Arsenal tetap bersamanya. Bermain sebagai satu pasukan kunci kejayaan beliau. Come On You Gunners!!

Nasib menyebelahi Chelsea

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pasti ramai dalam kalangan penyokong setia Arsenal masih dilanda kekecewaan dengan kekalahan pertama Arsenal musim ini berdepan Chelsea di Stadium keramat Emirates bersaksikan puluhan ribu peyokong sendiri pastinya memeritkan hati yang menontonnya tempoh hari. Namun apa yang boleh kita lakukan. Sabar dan teruskan sokongan kita kepada pasukan kesayangan kita ini. 

Arsenal vs Chelsea ( 1-2 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bulan september di tutup dengan kekecewaan. Itulah yang mampu diungkapkan sebagai seorang penyokong apabila melihat pasukan nya ditikam di laman sendiri  dihadapan lebih kurang 60 000 penonton yang hadir memenuhi Emirates Stadium untuk menyaksikan pertembungan 'London Derby' itu.