Sunday, September 23, 2012

Pra Perlawanan Manchester City vs Arsenal






Malam ini akan berlangsung nya  pertemuan diantara dua pasukan yang mempunyai rekod tersendiri. Manchester City dibawah pimpinan Mancini pastinya akan menunjukkan ego berada di laman sendiri selain turun dengan gelaran juara BpL musim lepas. Arsenal pula yang semakin serasi dan selesa dengan corak permainan yang diolah Arsene Wenger sudah pasti bakal memberi tentangan kepada tuan rumah. Sama-samalah kita mengharapkan yang terbaik dari Arsenal supaya menumbangkan ManCity pada perlawanan yang bermula jam 11.00 malam ini sekaligus menutup mulut pengkritik diluar sana yang memperkecilkan keupayaan arsenal dalam perebutan kejuaraan musim ini.




Diatas merupakan ramalan kesebelasan utama yang akan diturunkan. Berdasarkan prestasi semasa pertahanan, tengah, dan serangan, boleh dikatakan kesemua dalam mood bersedia baik mental mahupun fizikal. dalam 2 pertemuan awal, pemain berjaya menyerap tekanan media dan penyokong yang mempertikaikan dan memandang rendah skuad ini yang gagal memperoleh jaringan. Namun begitu, mereka membuka mata banyak pihak setelah menjinakkan liverpool 0-2 di kubu kuat Anfield dan memperbudakkan pasukan yang baru naik ke BpL dengan jaringan 6-1. 

Moral arsenal sekali lagi diduga ketika berentap menentang Montpellier dalam aksi liga juara-juara pertengahan minggu lalu. Arsenal yang menjadi tetamu disana diberi kejutan awal dengan penalti yang dihadiahkan kepada Montpellier. 


'Comeback And Win'
Semangat dan ketenangan arsenal terbayar apabila mendapatkan dua gol penting sebelum dipaksa Montpellier bermain dengan rentak mereka. ketiadaan wenger ditepi padang nyata membuatkan anak didiknya hilang fokus. permainan tidak selancar biasa dan Montpellier betul-betul memanfaatkan peluang untuk mendominasi perlawanan. Disiplin dibahagian pertahanan dan semua pemain dapat dilihat dan kredit kepada Mannone yang menyelamatkan beberapa percubaan bahaya. Yang penting 3 mata pertama berjaya diraih untuk kempen Liga Juara-Juara.

Dengan persembahan semasa ditunjukkan, arsenal sememangnya pilihan untuk menjinakkan Mancity pada malam ini. Berbalik semula kepada kesebelasan utama. Mannone akan menjadi benteng terakhir arsenal malam ini menggantikan szczesny yang mengalami kecederaan. kematangan yang ditunjukkan pada perlawanan sebelum ini pastinya melegakan semua penyokong setia arsenal. tiada lagi kesilapan mudah yang dilakukan dan dilihat beliau juga ada komunikasi yang baik dengan keempat-empat pertahanan arsenal. Jenkinson, Vermaelen, Mertesacker, Gibbs sudah pasti ingin terus mempertahankan kubu arsenal dari diceroboh penyerang ManCity. Rekod baik dalam BpL yang hanya melepaskan 1 gol dalam 4 perlawanan lepas menjadi bukti keampuhan gandingan mereka ini. Gibbs yang menarik perhatian pada perlawanan menentang southampton sudah tentu memberi sokongan yang kukuh buat podolski. Begitu juga Jenkinson, walaupun dia tidak seberani gibbs, peningkatan dapat dilihat dalam permainan beliau ditambah dengan fizikal beliau yang keras dan positioning yang baik dalam perlawanan yang lepas. Vermaelen yang memakai armband selaku Kapten arsenal pastinya akan memberikan arahan-arahan terbaik buat rakan-rakan di padang. Permainan yang ditunjukkan Vermaelen dan Mertesacker sentiasa bersemangat dan kerja keras dalam mengekang ancaman yang boleh membahayakan kubu arsenal. Jentera tengah arsenal pastinya antara bahagian yang sibuk pada aksi malam ini. Arteta, Diaby, Cazorla diharapkan akan membawa kelancaran kepada pasukan dari segi bertahan mahupun serangan. Prestasi trio midfield arsenal ini adalah antara yang terbaik di BpL buat masa sekarang. selaku penjaring terbanyak arsenal untuk BpL buat masa ini, podolski sudah pasti diberi penghormatan oleh pertahanan Mancity. Begitu juga Gervinho yang akhir-akhir ini mula menampakkan ketajaman beliau berada di bahagian serangan arsenal. Diberi tugas selaku centre forward seakan-akan bulan jatuh ke riba dengan 3 gol yang yang diledakkan dalam kempen liga-juara-juara dan BpL  menjadi jawapan dari Gervinho kepada taktikal yang diatur wenger itu. Chamberlain yang masih kurang memuaskan prestasinya diharap akan kembali kepada prestasi sebelum ini untuk memenatkan pertahanan kiri Mancity dan mencetuskan peluang-peluang merbahaya buat mereka. Kemenangan yang diharapkan. 

GoGunners,










No comments:

Post a Comment