Saturday, January 19, 2013

Dalam Radar Arsenal

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat gooners. Pertama sekali diucapkan tahniah buat Walcott yang sudah menandatangani kontrak baru yang khabarnya dilanjutkan sehingga 2016.  Semoga beliau mampu menjadi Legenda Arsenal yang seterusnya. Berita ini sedikit sebanyak buat Wenger rasa lega kerana lebih banyak perkara lain yang perlu diberi keutamaan menjelang beberapa pertemuan penting yang bakal dilalui selepas ini.

Entri kali ini adalah sekadar untuk mendedahkan beberapa nama yang dikaitkan dengan Arsenal dalam perpindahan Januari ini. Sejak melangkah ke tahun baru banyak nama-nama pemain yang dimainkan media sekitar Eropah yang dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal. Namun begitu, Arsene Wenger yang terkenal dengan pembelian di saat-saat akhir masih belum mendedahkan mana-mana nama yang dihajatinya untuk bersama Arsenal menghabiskan sisa musim ini. Kurang dari 2 minggu saja lagi masa yang tinggal. Tunggulah siapa yang bakal beliau bawa. Pemain dipilih ini berdasarkan keperluan pasukan, kebarangkalian dan stail permainan  yang aku rasakan perlu ada dalam Arsenal.

Defend :

Yanga Mbiwa, baru berusia 23 tahun, miliki fizikal, teknik agak baik sebagai seorang CB. Corak pemainan beliau yang keras merupakan rencah dicari-cari dalam kubu Arsenal supaya penyerang lawan tidak mudah membuli benteng kita.

Kebarangkalian untuk Arsenal membawa pemain ini 7/10 berikutan Djourou sudah dipinjamkan dan prestasi semasa benteng Arsenal yang tidak konsisten. Walaupun begitu, pemain ini berkeinginan untuk bersama Man United. 



Midfield :

Etienne Capoue, berusia 24 tahun, pemain berasal dari Perancis ini dilihat mampu menggantikan peranan yang ditinggalkan Alex Song. Dengan beban yang dipikul Arteta ketika ini dan Coquelin yang dalam proses mematangkan permainannya, Capoue mampu menjadi jeneral di bahagian tengah Arsenal yang mudah hilang bola. Fizikal dan tackle kemas beliau adalah advantage untuk Arsenal andai memiliki pemain ini. Everton merupakan pesaing dalam mendapatkan pemain ini. (Song + Arteta = Capoue)

Beberapa nama lain yang turut dikaitkan adalah Mohamed Diame, Luis Gustavo, Yann Mvilla, Younes Belhanda dan Lucas Biglia. 

Forward :

Wilfred Zaha, pemain yang baru berusia 20 tahun ini adalah antara prospek muda England yang turut menjadi buruan Man United dalam perpindahan kali ini. Beberapa pertukaran peranan mungkin akan berlaku andai pemain ini dibeli Arsenal berikutan masalah Arsenal ketika ini adalah ketumpulan penyerang sedia ada. Walcott dan Podolski antara dua pemain yang mampu bermain selaku penyerang untuk mempertajamkan jentera Arsenal selain Giroud. Tetapi aku merasakan lebih baik Arsenal mencari pure striker berpengalaman untuk menamatkan masalah serangan Arsenal.
antara nama penyerang yang dikaitkan ke Arsenal adalah David Villa, Loic Remy(sah milik QPR), Edinson Cavani(not for sale), Eduardo Vargas(pinjaman mungkin) dan beberapa lagi nama. Penyerang verstail merupakan keperluan Arsenal ketika ini. Pemain dipilih adalah berdasarkan pandangan aku. Kalau ada pandangan hendak di kongsikan lontarkan di ruangan komen atau di chatbox sebelah.

Siapa yang bakal dibawa diharap memberi impak segera buat Arsenal. Satu impian buat penyokong Arsenal melihat Cavani mengetuai jentera serangan Arsenal. Berita terkini akan segera di muatkan.







1 comment:

  1. Teruskan kembali berblogger untuk team Arsenal....hidupkan balik blog ni

    ReplyDelete