Saturday, October 13, 2012

Kecederaan menimpa Walcott

Theo Walcott yang menjadi pilihan mengisi kesebelasan utama Roy Hodgson dalam pertemuan menentang San Marino awal pagi tadi dalam kempen kelayakan piala dunia telah mendapat kecederaan ekoran cabaran keras yang diberikan penjaga gol San Marino.

Maklumat terkini mengenai kecederaan Walcott masih belum dikeluarkan secara rasmi di laman rasmi Arsenal namun dikhabarkan Walcott mengalami kecederaan dibahagian rusuk dan berkemungkinan akan terlepas beberapa perlawanan bersama Arsenal. 

Perlawanan ini juga menyaksikan seorang lagi pemain Arsenal Oxlade Chamberlain turun bersama kesebelasan utama England. Chamberlain nyata lebih bernasib baik apabila beliau berjaya memperoleh satu gol untuk melengkapkan kemenangan 5-0 England keatas San Marino.

Tahniah Chamberlain. Buat Walcott diharapkan supaya segera pulih untuk kembali cergas seperti biasa. Beliau yang telah menyumbang 4 gol buat masa ini untuk Arsenal jelas berada pada persembahan terbaiknya bagi memukau Wenger untuk menempa posisi selaku penyerang utama.

No comments:

Post a Comment