Friday, October 12, 2012

Arsenal cari pemusnah Januari ini?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berita terkini yang sedang hangat dimainkan di media-media sekitar Eropah adalah mengenai Arsene Wenger yang dikhabarkan akan turun sekali lagi pada tingkap perpindahan yang bakal dibuka Januari ini untuk mencari 'pure striker' bagi mempertajamkan bahagian serangan Arsenal.


Khabar angin ini agak sukar dipercayai berikutan Arsenal bukanlah sebuah kelab yang gemar berbelanja besar atau mencari pemain berstatus bintang. Buat penyokong setia Arsenal pastinya sudah mengetahui sikap Arsene Wenger yang amat-amat teliti dalam memilih pemain yang akan bernaung dibawahnya. Namun segalanya tidak mustahil berikutan pengumuman yang dibuat beberapa hari lalu tentang kedudukan kewangan Arsenal yang agak baik dan dikhabarkan juga Wenger diberi peruntukkan lebih kurang £35 juta untuk memperkuat barisan sedia ada Arsenal menjelang musim perpindahan yang bakal dibuka.

Sebelum ini, Wenger telah membawa masuk dua orang penyerang iaitu Podolski dan Giroud yang kedua-duanya masing-masing telah membawa kesan positif kepada pasukan. Seperti yang telah dikatakan Wenger, Podolski dan Giroud bukanlah pengganti kepada Persie dan persoalannya adakah pencari dan penggilap bakat terkenal ini sedang memerhatikan penyerang yang lebih verstail untuk  diisi di bahagian serangan Arsenal sepertimana sedang diperkatakan media.

Edinson Cavani dan Radamel Falcao merupakan antara dua nama penyerang yang mejadi sasaran beberapa kelab besar di Eropah akhir-akhir ini. Namun kos yang tinggi untuk mendapatkan tandatangan pemain ini mengecilkan kebarangkalian mereka ini dalam pemerhatian Wenger. Tetapi ianya masih tidak mustahil berikutan Arsene Wenger seorang yang mengagumi Falcao dan pernah cuba mendapatkan beliau pada musim 2011. Kemampuan Falcao sememangnya tidak dinafikan selepas hatrik beliau memusnahkan Chelsea pada perlawanan Piala Super yang lalu. Dan kini beliau menjadi sasaran utama dua kelab mewah iaitu Manchester City dan Chelsea. Arsenal turut tersenarai sebagai kelab yang mengejar penyerang Atletico Madrid ini menjelang perpindahan akan datang. Mungkinkah Falcao menjadi sasaran Arsenal seperti yang dikhabarkan?

Jika diatas merupakan nama-nama penyerang yang mencecah kos yang tinggi, berikut pula merupakan nama-nama penyerang yang juga berkualiti yang turut dikaitkan berada dibawah radar Arsenal. Fernando Llorente, Adrian Lopez, Robert Lewandowski, dan Stefan Jovetic. Nama-nama mereka ini bukanlah baru dikaitkan dengan Arsenal. Tetapi seperti biasa dialami gooners semua, tidak ada yang pasti dan tidak ada yang mustahil dalam Arsenal. Kejutan demi kejutan sering terjadi. Siapa sangka Song ke Barca musim ini?pernahkah kita membayangkan Persie memakai jersi Man Utd?bagaimana cepatnya khabar angin Santi Cazorla ke Arsenal?tiada yang mustahil kepada penyokong Arsenal.

Pada pandangan aku Arsenal masih memerlukan seorang 'pure striker' untuk persediaan jangka panjang selain bersaing dengan Giroud dan sekurang-kurangnya pemain itu dalam kalangan nama-nama seperti yang dikaitkan diatas. Bendtner, Park Chu Yang yang sedang dipinjamkan dan Chamakh semuanya dikaitkan dengan langkah keluar dari Arsenal. Penyerang berpengalaman amat diperlukan untuk membantu Arsenal mengejar kejuaraan. Pemergian Van Persie sememangnya kehilangan buat serangan Arsenal. Tetapi orang yang mendidiknya masih bersama kita. In Arsene We Trust!

klw btoi2 Falcao mai Arsenal...tudiaa..goyang la team2 lain..pandangan anda dialu-alukan..



No comments:

Post a Comment