Monday, October 1, 2012

Nasib menyebelahi Chelsea

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pasti ramai dalam kalangan penyokong setia Arsenal masih dilanda kekecewaan dengan kekalahan pertama Arsenal musim ini berdepan Chelsea di Stadium keramat Emirates bersaksikan puluhan ribu peyokong sendiri pastinya memeritkan hati yang menontonnya tempoh hari. Namun apa yang boleh kita lakukan. Sabar dan teruskan sokongan kita kepada pasukan kesayangan kita ini. 

Disini aku ingin berkongsi sedikit pandangan mengenai apa yang berlaku pada permainan Arsenal dalam kekalahan pertama musim ini. Berdasarkan statistik di akhir perlawanan tidak ada apa yang membezakan Arsenal dan Chelsea. Posisi bola adalah seimbang 50-50 mungkin sebab diakhir perlawanan Arsenal lebih garang untuk mencari gol penyamaan. Cubaan tepat pula adalah 5-4. Juga seimbang walaupun Arsenal kalah dengan jaringan gol permainan berbanding Chelsea yang hanya menunggu gol menerusi set piece. Percubaan tersasar juga seimbang apabila statistik menunjukkan Arsenal mendahului Chelsea dalam percubaan ke pintu gol. Tetapi kenapa kekalahan harus diberikan kepada Arsenal??Apa nilai gol Torres dan Mata berbanding Gervinho??. Itulah menjadi punca kekalahan Arsenal tempoh hari.Gol tetap gol. Tidak kira bagaimana kita meraih gol, tetapi setiap kesilapan yang menghasilkan gol pasti membawa padah kepada pasukan.

Arsenal bermain seperti biasa. Tetapi Chelsea bermain baik malam itu disamping corak bertahan yang mereka amalkan apabila bertemu pasukan yang besar. Itu membuatkan bosan menyaksikan permainan Chelsea di bawah kendalian Di Matteo. Arsenal ternyata lebih pandai menghasilkan gol tetapi lihatlah gol-gol Chelsea. Tidak perlu Hazard, lorongan Oscar mahupun Ramires tetapi bertahan dan menghukum Arsenal dengan set piece. Agak-agakyna seminggu sebelum bertemu Arsenal set piece menjadi latihan rutin mereka. Torres dibiarkan menjadi lonely striker di atas sana sambil menunggu hantaran-hantaran jauh dari Ramires, Oscar, dan Mikel manakala hazard dan Mata bersedia untuk membuat larian deras apabila menerima lorongan pada bila-bila masa dari sebelah tepi untuk memecah pertahanan Arsenal.   Berjayakah taktikal mereka ini??Tidak salah taktikal mereka ini. Tetapi mereka tidak berani bermain secara terbuka dengan Arsenal sebaliknya hanya bermain rendah di kubu sendiri.  Cara yang sama Di Matteo gunakan menentang Bayern. Lihatlah beberapa kali hantaran jauh mencari Torres tapi Koscielny yang ditugaskan menjaga Torres dapat mengekang baik pemain itu. Saksikan sendiri tingginya defensive line Arsenal pada malam itu untuk menghadkan permainan Chelsea sehingga Vermaelen kadangkala terpaksa melakukan kesalahan untuk mematikan bahagian serangan Chelsea. Mana Cole dan Ivanovic yang kerapkali sebelum ini naik ke atas melakukan overlap??Tak naik pun. Bermain terbuka dengan Arsenal macam gali kubur sendiri. Itulah yang Matteo elakkan. Ivanovic dan Cole berdisiplin memainkan peranan masing-masing untuk mematikan sayap Arsenal. Tiada overlap merbahaya dari dua pemain ini. Hanya sekadar menjalankan tugas mempertahankan ruang dari diceroboh sayap Arsenal. Walaupun begitu, Arsenal masih boleh mencari ruang untuk merobek gawang Chelsea apabila Chamberlain membuat hantaran lintang yang mengelirukan pertahanan Chelsea lalu disudahkan Gervinho memberikan Arsenal gol penyamaan.

Berbalik kepada dua gol yang di berikan kepada Chelsea. Apa yang boleh dikatakan adalah kedua-dua gol tidak sepatutnya semudah itu menerjah jaring. Betapa susahnya gol yang kita terpaksa buat untuk menyamakan kedudukan hasil dari gol pertama Torres dan gol kemenangan Chelsea yang tidak di buang kemas Koscielny. Empat gol yang telah dibolosi setakat ini dalam liga semuanya hampir sama situasinya cuma 3 dari set piece dan 1 gol permainan menentang Southampton.3 gol set piece pada arah yang sama dan ini benar-benar menunjukkan kelemahan Arsenal. Chelsea pasti telah meneliti bagaimana kedudukan Arsenal dalam mempertahankan gawang ketika situasi hantaran sudut mahupun sepakan percuma dalam perlawanan sebelum-sebelum ini. Inilah hasilnya. 2 jaringan yang mudah. Gol pertama memang benar Torres telah diikat Koscielny tetapi apa yang penting adalah bola. Kesalahan tidak hanya pada Koscielny sedangkan Luiz yang berada dihadapan Torres juga bebas untuk menanduk bola itu. Positioning Arsenal dalam mempertahankan gol ketika set piece perlu diperbaiki. Mannone juga perlu mengambil pengajaran dalam 3 gol yang dilepaskannya menerusi set piece. Kedudukan dan keputusan yang dibuat akan memberikan  kesan kepada  perlawanan. Tanggungjawab bukan hanya dibahu pertahanan untuk bertahan tetapi kepada semua pemain. Sepatutnya setiap pemain perlu peka dengan ancaman dihadapan gawang gol. Gol kedua yang dijaringkan Mata juga adalah satu yang menyakitkan untuk diterima. Koscielny pastinya sudah sedaya upaya tetapi kurang kemas dan tidak behati-hati dalam melakukan clearance menyaksikan Arsenal menghadiahkan 3 mata buat Chelsea. Dalam hal ini aku tak menyalahkan Koscielny kerana kesilapan kadang-kadang berlaku. Bersetuju dengan kata-kata Arteta kesalahan apabila kita dibolosi tidak boleh dituding kepada pertahanan tetapi kepada satu pasukan.

Dibahagian tengah pula menjadi medan pertembungan idea dan kreativiti kedua-dua pasukan. Ramsey yang mengisi kekosongan Diaby tidaklah beraksi begitu baik begitu juga Cazorla yang kekeringan idea untuk menembusi pertahanan Chelsea. Arsenal hanya dibiarkan bermain diluar kotak oleh pertahanan Chelsea dan ini menyukarkan peluang-peluang menarik dicipta. Arteta yang bekerja keras membantu pertahanan nampak benar beban yang dihadapinya apabila diaby tiada bersamanya. Hal ini memberikan ruang lebih buat pemain tengah  Chelsea merencana serangan.

Merujuk kepada bahagian serangan Arsenal pula, kecewa adalah perkataan yang dapat aku katakan. Peluang disia-siakan begitu saja. Gervinho??harap-harap next game kembali meletakkan Giroud sebagai striker utama sebab aku rasa dia sudah semakin memahami permainan Arsenal cuma finishing nya perlu lebih tajam kerana peluang terbuang begitu saja. Gervinho lebih kepada individu, itu sebab Cazorla dan Podolski agak kurang memahami permainannya. Gibbs juga hilang bisa bersamanya. Podolski seperti tidak wujud didalam padang. Kesungguhan di awal-awal perlawanan sebelum ini hilang entah kemana begitu juga Cazorla. Cech memang tidak dinafikan kehebatannya membaca permainan. Pada aku selayaknya Arsenal patut memenangi perlawanan ini. Memang patut! Arsenal bertahan dan menyerang dengan baik. Nasib menyebelahi Chelsea. Tidak ada sikit pun rasa malu tewas kepada Chelsea dengan cara begitu. Mereka tidak menang, tetapi Arsenal yang memberikan kemenangan kepada mereka. Moga Arsenal bangkit pada perlawanan berikutnya. 


GoGunners,









No comments:

Post a Comment