Saturday, October 6, 2012

Arsenal vs Olimpiakos ( 3-1 )


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua gooner. Salam kebangkitan buat semua penyokong setia Arsenal yang telah melupakan kekecewaan tumpas di tangan Chelsea Sabtu lalu. 

Turun dengan harapan untuk mengembalikan senyuman kepada pengunjung setia Emirates pagi Khamis lalu menjadi faktor sampingan selain fokus utama untuk meraih 3 lagi mata berharga dalam kempen Liga Juara-Juara. Arsenal yang ingin mengesahkan tempat lebih awal kepusingan seterusnya dilihat tidak mahu membuang masa yang ada apabila membenam Olimpiakos 3-1 hasil ledakan Gervinho, Podolski dan Ramsey.

Seperti sebelum ini, Wenger yang tiada di tepi padang nyata memberikan sedikit masalah buat Arsenal untuk bermain seperti biasa. Arsenal mampu untuk memegang permainan, tetapi gagal untuk mencipta peluang-peluang merbahaya. Permainan tidak selancar seperti ditunjukkan pada perlawanan-perlawanan awal yang lalu. Mannone lebih kerap diuji dengan beberapa cubaan merbahaya yang boleh dikatakan mampu meranapkan malam Arsenal namun kali ini nasib lebih memihak kepada kita.

Bahagian serangan kali ini nampak sedikit baik berbanding ketika berdepan Chelsea pada pertemuan lalu. Tetapi masih ada yang perlu diperbaiki dalam soal komitmen untuk mencari kemenangan berbanding gol sebagai koleksi peribadi. Kredit sememangnya diberikan kepada Gervinho dengan kawalan bola, kedudukan dan gerak beliau di bahagian serangan dibantu, Cazorla dan rakan lain nyata menyukarkan pertahanan Olimpiakos. Menghasilkan gol dan assist buat Podolski menunjukkan kemampuan beliau tetapi aku masih mengharapkan supaya beliau bermain dengan lebih mudah. Menggunakan pemain-pemain berhampiran yang ada secara maksimum untuk mencipta peluang dan gol .Apapun tahniah buat Gervinho, Podolski, Ramsey.

Pertahanan sedikit merisaukan berikutan membuat beberapa kesilapan mudah yang hampir saja memberikan gol buat Olimpiakos. Kurang komunikasi mungkin faktor berlakunya ketidaksefahaman dibahagian pertahanan terutamanya di bahagian tengah gandingan Vermaelen dan Koscielny. Fokus dan disiplin tidak seperti biasa dan kadangkala mampu menghukum pasukan dengan kesilapan mudah. Mungkin Vermaelen dan Koscielny memerlukan sedikit masa untuk kembali serasi. Mannone nampak semakin matang di gawang  dan baik untuk Arsenal memiliki penjaga gol simpanan yang berkualiti.

Giroud yang masuk di babak akhir perlawanan mencuri tumpuan apabila dua shot dari beliau hampir saja mengesahkan kemenangan Arsenal namun dinafikan Olimpiakos. Assist yang diberikan kepada Ramsey juga merupakan sumbangan bermakna dari Giroud walaupun beliau gagal menjadi penjaring pada malam itu. Apa yang boleh aku katakan adalah Giroud semakin hampir kepada keserasian Arsenal. kedudukannya, cubaan-cubaan darinya,  hantaran darinya menunjukkan Arsenal miliki option tambahan dibahagian serangan untuk mevariasikan lagi cubaan-cubaan bahagian serangan Arsenal. Aku percaya Giroud seperti  singa yang sedang tidur yang hanya menunggu masa bila untuk dikejutkan. Sama-sama kita nantikan ngauman Giroud.






No comments:

Post a Comment