Saturday, September 29, 2012

Pra Perlawanan Arsenal vs Chelsea


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga yang mengikuti penulisan ini berada dalam keadaan sihat sentiasa. Hari ini 29 September 2012 akan berlangsungnya "London Derby" yang menemukan dua buah pasukan yang masih gah di dalam persaingan liga tanpa menemui kekalahan buat masa ini. 

Friday, September 28, 2012

Beckham mendedahkan Romeo seorang Gooner

Legenda Manchester United, David Beckham mendedahkan seorang dari tiga anak lelakinya, Romeo,10,  merupakan penyokong Arsenal. Walaupun abang dan adiknya Brooklyn dan Cruz masing-masing mengikut jejak langkah bapanya menjadi penyokong Man Utd.

Kemungkinan Jenkinson bersama England


Carl Jenkinson Carl Jenkinson of Arsenal FC in action during the pre-season Asian Tour friendly match between Kitchee FC and Arsenal at Hong Kong Stadium on July 29, 2012 in Hong Kong.
Salam buat semua gooner. Untuk cerita kali ini adalah berkenaan bek kanan yang mula mencuri perhatian Carl Jenkinson yang dikhabarkan berkemungkinan besar akan dipanggil untuk bersama skuad England menghadapi kelayakan piala dunia menentang San Marino dan Poland pada perlawanan akan datang.

Kembalinya nombor 10 Arsenal

Jack Wilshere dikhabarkan akan diturunkan untuk beraksi bersama pasukan bawah 21 tahun Arsenal yang akan berkunjung menentang West Bromwish Albion. Prospek muda England yang baru berusia 20 tahun ini telah mengalami beberapa pembedahan berikutan kecederaan ankle dan lututnya. Setelah 14 bulan direhatkan berikutan kecederaan, beliau yang telah turun menjalani latihan penuh pada minggu lepas pastinya tidak akan terburu-terburu untuk dibawa beraksi bersama skuad utama Arsenal. Semoga Jack Wilshere segera kembali kedalam skuad utama untuk bersama rakan pasukan lain mengejar kejuaraan.

Thursday, September 27, 2012

Arsenal vs Coventry City ( 6-1 )

Olivier Giroud Olivier Giroud of Arsenal scores their first goal past Joe Murphy of Coventry City during the Capital One Cup third round  match between Arsenal and Coventry City at Emirates Stadium on September 26, 2012 in London, England.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Arsene Wenger skali lagi menunjukkan kehebatannya mengelola taktikal Arsenal setelah Arsenal berjaya membenam cabaran Coventry City dalam perlawanan memburu Capital One Cup awal pagi tadi. 6-1 adalah keputusan rasmi perlawanan dimana Giroud, Chamberlain, Arshavin, Walcott dan Miquel mengukir nama sebagai penjaring. 

Wednesday, September 26, 2012

Pra Perlawanan Arsenal vs Coventry City






Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada awal pagi esok Arsenal bakal menerima kunjungan Coventry City di Emirates stadium bagi perlawanan pusingan ketiga Capital One Cup atau sebelum ini dikenali sebagai Carling Cup.

Adakah Walcott Seterusnya??



Perbincangan mengenai kontrak lanjutan pemain berusia 23 tahun yang bakal tamat pada penghujung musim ini kian hangat diperkatakan. Ia menjadi semakin tegang setelah beliau menolak kontrak baru selama 5 tahun yang bernilai £75,000 seminggu yang ditawarkan Arsenal bulan lalu.

Tuesday, September 25, 2012

Mourinho "Arsenal is coming again"



Arsenal yang meneruskan rentak cemerlang dalam cabaran liga dengan mengikat Manchester City baru-baru ini terus menerima reaksi positif dari pemerhati di luar sana. Terbaru, pengurus pasukan The Galacticos yang digelar ' The Special One' atau Jose Mourinho mendedahkan beliau menggemari pasukan Arsenal yang dibentuk Wenger sekarang. Pertelingkahan yang pernah berlaku sebelum ini antara beliau dan Arsene Wenger ketika era beliau mengurus Chelsea hanyalah lumrah dalam bersaing untuk mencari kejuaraan liga mahupun menjulang mana-mana trofi yang sama terutamanya kita adalah lawan setempat mereka.

Monday, September 24, 2012

Mertesacker 'The Arsenal Guard'



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua gooner. 'Man Of The Match' itulah gelaran yang diberikan kepada pengawal tengah kubu Arsenal iaitu Per Mertesacker menerusi laman web rasmi Arsenal. Mencatatkan undian tertinggi diikuti Koscielny menunjukkan rata-rata penyokong menghargai semangat dan kerajinan pertahanan tengah Arsenal itu.

Melihat kepada aksi beliau kemarin, mengekang pergerakan Aguero yang pantas dan memiliki kawalan bola yang baik seolah-olah tidak percaya beliau mampu mematikan pergerakan penyerang licik Mancity itu. Tidak dinafikan kewujudan koscielny, arteta, jenkinson dan gibbs turut membantu persembahan beliau. Namun apa yang ingin dinyatakan disini adalah bagaimana beliau menunjukkan kematangan dalam permainan BpL yang pantas setelah semusim berada di Arsenal.

Manchester City vs Arsenal ( 1-1 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Sedikit ulasan tentang perlawanan malam tadi. Arsenal berjaya mengikat ManCity dengan seri 1-1 sama untuk sama-sama meraih 1 mata dan  Arsenal masih mengekalkan rekod tanpa kalahnya. Mengejutkan apabila kesebelasan Arsenal berubah disat-saat akhir dimana kapten pasukan Vermaelen tidak dapat diturunkan berikutan tidak sihat (selsema) dan digantikan dengan Koscielny  yang pertama kalinya menjadi kesebelasan utama untuk kempen musim ini . Chamberlain juga tidak berada di kesebelasan utama yang menyaksikan Ramsey berada di posisi kanan. Lain-lain pemain turun seperti yang telah diramalkan dengan Arteta diberi tanggungjawab menjadi kapten pasukan.

Bermain di depan penyokong lawan tidak menjadi masalah buat arsenal yang mendominasi perlawanan sebaik saja wisel ditiupkan. Permainan mudah, hantaran pendek dan lorongan merbahaya membuatkan kita yang menonton terhibur dengan aksi mereka. Cuma kegagalan arsenal mencipta shot on target mengecewakan dan banyak peluang di buang begitu saja. ManCity tidak kurang hebatnya, beberapa percubaan dibuat untuk menguji kekentalan barisan pertahanan Arsenal. Antara yang meresahkan Arsenal pada malam tadi kelibat Aguero, Yaya toure, dan Silva. 


Ditengah kerancakan permainan, Arsenal dikejutkan dengan jaringan Lescott yang mudah menanduk hantaran sudut untuk ManCity mendahului 1-0. Arsenal seperti kehilangan fokus terutama dibahagian tengah yang menyaksikan Diaby mudah kehilangan bola manakala Arteta beberapa kali membuat hantaran kurang kemas yang mudah dibaca pihak lawan. Masuk separuh masa kedua, arsenal dilihat lebih berdisiplin kali ini dan mencipta beberapa peluang. Gervinho adalah pemain yang perlu dibasuh oleh wenger berikutan beberapa kali mencari jalan sukar sedangkan option rakan-rakan sepasukan banyak dihadapannya. Terlalu ingin mencari gol untuk diri sendiri itulah antara punca kegagalan bahagian serangan Arsenal malam tadi. Dimana hilangnya teamwork yang ditunjukkan pada game lepas??Gervinho terlalu ingin menambah koleksi golnya sendiri. Itu bukanlah arsenal yang kita mahukan.

Sunday, September 23, 2012

Pra Perlawanan Manchester City vs Arsenal






Malam ini akan berlangsung nya  pertemuan diantara dua pasukan yang mempunyai rekod tersendiri. Manchester City dibawah pimpinan Mancini pastinya akan menunjukkan ego berada di laman sendiri selain turun dengan gelaran juara BpL musim lepas. Arsenal pula yang semakin serasi dan selesa dengan corak permainan yang diolah Arsene Wenger sudah pasti bakal memberi tentangan kepada tuan rumah. Sama-samalah kita mengharapkan yang terbaik dari Arsenal supaya menumbangkan ManCity pada perlawanan yang bermula jam 11.00 malam ini sekaligus menutup mulut pengkritik diluar sana yang memperkecilkan keupayaan arsenal dalam perebutan kejuaraan musim ini.

Saturday, September 22, 2012

Menjadi Tetamu Manchester City

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. untuk entri pertama, memandangkan arsenal akan berkunjung ke Ettihad Stadium ahad ini, aku akan beri sedikit gambaran tentang persiapan arsenal. 

Arsenal telah mencatat kemenangan pada aksi terakhir menentang pasukan TheCitizen dalam BpL pada april lalu. Kemenangan yang dicatat di Emirates itu adalah hasil tembakan tepat Arteta ke gawang ManCity yang gagal ditepis Hart dan memberikan 3 mata berharga buat arsenal. Namun ketika menentang Mancity dalam jelajah pramusim di China arsenal tewas 0-2. Perhitungan sebenar akan berlangsung esok dan pastinya ini akan menggambarkan kekuatan skuad arsenal dalam mencari kejuaraan liga musim ini.


Pertembungan ahad ini dijangka bakal memberikan kelainan tersendiri terutama kepada arsenal yang diteraju beberapa muka baru. setelah diteliti 3 game arsenal yang telah dilalui. sebagai penyokong masih sukar untuk meramalkan kesebelasan utama yang bakal diturunkan. Arsenal yang sedang dalam nafsu mencari kemenangan seterusnya pasti memberi keresahan buat skuad kendalian Mancini. kehadiran cazorla, dan podolski semakin dirasai dan kita masih ternanti-nanti jaringan sulung Giroud yang belum serasi agaknya. Dalam sidang media terbaru Mancini menegaskan Arsenal merupakan pencabar untuk kejuaraan liga musim ini. Hanya musuh yang boleh menilai kekuatan lawannya. Itulah  kata-kata yang mampu diberikan buat persie. Kenyataan persie bahawa arsenal tidak mempunyai hasrat menjulang trofi sama sekali tak boleh dipakai!.Kita nantikan Pertembungan dengan ManU.

Mukadimah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, khususnya penyokong Arsenal FC yang bertandang ke blog ini. Blog ini dihasilkan adalah sekadar sabagai satu wadah penulisan, dan cetusan rasa untuk dikongsi kepada manusia sesama manusia khususnya penyokong tegar Arsenal. Diharap perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan setiap sokongan yang diberikan kepada blog ini didahulukan dengan ucapan Terima Kasih.

GoGunners,