Wednesday, October 31, 2012

Pra Perlawanan Reading vs Arsenal

Salam buat semua gooner. Awal pagi ini skuad kendalian Arsene Wenger akan meneruskan cabaran Capital One Cup menentang Reading untuk ke pusingan seterusnya. Laman rasmi Arsenal telah mendedahkan 18 pemain terpilih yang akan berkunjung ke stadium Madejski dan sudah menjadi tradisi dalam menghadapi cabaran ini Arsenal akan menurunkan bakat-bakat mudanya untuk menimba pengalaman disamping menyelitkan beberapa pemain simpanan skuad utama sebagai aksi panas badan mereka.

Beraksi dihalaman pihak lawan pastinya bukan tugas mudah buat anak didik Wenger berikutan Reading juga merupakan salah satu kelab yang bermain di liga utama. Berdasarkan rekod atas kertas, keputusan lebih memihak kepada Arsenal ekoran Reading tidak pernah memenangi mana-mana 9 perlawanan bertemu Arsenal dalam apa-apa cabaran termasuk dua perlawanan dalam cabaran piala liga sebelum-sebelum ini. Namun itu cuma di atas kertas. Berdasarkan rekod semasa, Reading berada di tangga ke-18 dan belum pernah memenangi apa-apa perlawanan didalam cabaran Liga Perdana Inggeris dan hanya memenangi satu dari lima perlawanan terakhirnya ketika bertemu QpR dalam cabaran ini. Namun semua ini bukanlah kelebihan buat Arsenal, hanya sekadar satu keyakinan buat pemain muda supaya berani berhadapan dan bermain seperti biasa.  Andai dapat diulangi pagi ini rekod pertemuan lalu membenam Conventry City pasti satu khabar gembira buat semua pemain untuk menempuh perlawanan berikutnya.

Kelibat pemain-pemain senior yang tersenarai diharapkan mampu memberikan sesuatu yang positif untuk perlawanan pada pagi ini berikutan langkah kita seterusnya yang akan bertandang ke Old Trafford Sabtu ini. Arshavin, Walcott, Koscielny, Jenkinson dan Giroud sudah tentu bakal memanfaatkan perlawanan ini sebaiknya sebagai warm up untuk perlawanan akan datang disamping menjadi contoh kepada junior mereka di padang.

Berikut merupakan ramalan kesebelasan pagi ini

Martinez

Jenkinson     Koscielny     Djourou     Miquel

Eisfield     Frimpong     Coquelin

Arshavin     Chamakh     Gnabry          


No comments:

Post a Comment