Thursday, January 17, 2013

FA Cup, Januari Yang Sunyi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Beberapa lama meninggalkan ruangan ini berikutan urusan semasa yang menghadkan waktu  untuk membuat entri terbaru berkenaan Arsenal. Buat penyokong yang sentiasa mengikuti perkembangan Arsenal sudah pasti prestasi yang tidak konsisten ditunjukkan anak buah Arsene ketika ini sedikit meresahkan tambahan pula laluan yang bakal di tempuh selepas ini agak sukar apabila kita akan sekali lagi bertemu Chelsea dalam London Derby yang dijadualkan Ahad ini.

Sedikit lega berikutan, Arsenal baru sahaja mengesahkan laluan mereka untuk ke pusingan berikutnya dalam pemburuan piala FA dengan menumpaskan Swansea awal pagi tadi. Apapun tahniah atas permainan yang ditunjukkan dimana Arsenal mengawal permainan dengan baik namun begitu mutu serangan perlu diberi perhatian. Berdasarkan apa yang ditonton pada perlawanan pagi tadi peluang terhidang gagal disempurnakan dengan baik. Penyudah cantik kapten masa depan Arsenal Jack Wilshere akhirnya berjaya menembusi dinding gawang Vorm yang cemerlang di pintu gol semalam.

Musim perpindahan yang sudah memasuki fasa penutup juga agak sunyi buat kelab Utara London ini. Dengan pemergian Chamakh dan Djourou yang dipinjamkan serta Gervinho yang bersama skuad Ivory Coast untuk menghadapi Piala Afrika, Arsenal masih belum membuat apa-apa penambahan baru dalam senarai pemainnya. Dan seperti biasa jawapan yang sama diberikan Arsene Wenger bahawa mereka sedang berusaha keras dan terlalu sibuk dalam mencari pemain berkualiti untuk mengisi pasukan sedia ada Arsenal. Sampai bila beliau ingin mencari?tunggulah sehingga tarikh akhir perpindahan. Sudah muak mendengar kenyataan "we have a good squad". Mungkin ada pemain yang bakal didaftarkan sebelum pertemuan menentang Chelsea. Bersepah nama-nama pemain yang dikaitkan dengan Arsenal. Jangan letakkan harapan, nanti kecewa. Harap Wenger akan mengotakan janji beliau untuk membawa pemain ternama bulan ini. Sebarang berita terkini akan di update.

Dari gooner untuk gooners,

2 comments: