Wednesday, October 31, 2012

Nike vs Adidas


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Khabar terkini dari Utara London mengenai pasukan kita yang tidak kurang menariknya berkenaan penajaan jersi Arsenal untuk musim-musim yang akan datang. Hangat diperkatakan Arsenal bakal mengakhiri 18 tahun jalinan kerjasamanya bersama Nike.

Dikhabarkan gergasi barangan sukan dari Jerman, Adidas berminat untuk mengambil peluang menaja jersi Arsenal setelah kontrak tajaan Arsenal bersama Nike yang akan tamat pada musim 2013-2014. Adidas dikatakan akan membayar sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada jumlah yang dibayar Nike kini (£13 juta setahun) kepada Arsenal.

Adidas yang baru sahaja menghentikan kerjasamanya bersama Liverpool atas sebab demand yang tidak seiring dengan persembahan mereka musim lalu pastinya ingin kembali meluaskan pasaran dan pengaruhnya dalam liga popular di dunia, BPL.Semenjak bersama Nike, Arsenal merupakan kelab ke-3 yang menerima permintaan terbesar  di pasaran dengan anggaran 800 ribu jersi setahun selepas Manchester United dan Barcelona. Dan kini Adidas kembali untuk memperbaharui kerjasama lama yang berakhir pertengahan tahun 1990an yang lalu.

Buat penyokong Arsenal pasti ada yang suka dan tidak mendengar khabar ini. Semestinya kita ada jenama yang digemari dan pada pandangan aku buat masa ini ada baiknya untuk Arsenal tampil dengan wajah baru. Bukan sebab jersi yang dikeluarkan Nike kurang menarik, tetapi lebih sebagai wajah baru Arsenal. Walau macamanapun diharap yang terbaik buat pasukan kita. Sebagai penyokong tak kisahlah Nike, Puma, Adidas, Warrior, Under Armour,dan apa sekalipun pun kita akan sokong. Original ke tak itu hak masing-masing. Yang penting Arsenal setia. Gambar dan senarai dibawah sekadar hiasan dan pengetahuan tambahan, trademark merah putih Arsenal pastinya dikekalkan. Apapun ini hanyalah sekadar rumours dan kemungkinan benar atau tidak nantikan la musim-musim seterusnya.



Kelab BPL dan penaja jersi mereka :

Arsenal – Nike (American)
Aston Villa – Macron (Italian)
Chelsea – Adidas (German)
Everton – Nike (American)
Fulham – Kappa (Italian)
Liverpool – Warrior (American)
Man City – Umbro (British)
Man United – Nike (American)
Newcastle – Puma (German)
Norwich – Errea (Italian)
QPR – Lotto (Italian)
Reading – Puma (Italian)
Southampton – Umbro (British)
Stoke – Adidas (German)
Sunderland – Adidas (German)
Swansea – Adidas (German)
Tottenham – Under Armour
West Brom – Adidas (German)
West Ham – Macron (Italian)
Wigan – MiFit (British)

No comments:

Post a Comment