Saturday, October 20, 2012

Wilshere ke Carrow Road?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak sibuk dengan tugasan, ambil sedikit masa diawal pagi ini untuk update situasi semasa di Utara London. Berita terbaru yang diperoleh tentang skuad Arsenal yang akan bertandang ke Carrow Road esok merupakan kemungkinan kelibat nombor 10 Arsenal bakal bersama skuad utama menjadi tetamu Norwich City.

Pengurus Wilshere menerusi laman twitter beliau telah mendedahkan Jack Wilshere telah tersenarai untuk sama-sama berkunjung ke Carrow Road esok. Hal ini tidak dapat dipastikan berikutan laman rasmi Arsenal masih belum mengeluarkan senarai pemain yang bakal menentang kelab bergelar The Canaries itu. 

Walaupun begitu, dalam sidang media terbaru Arsenal menjelang perlawanan esok Arsene Wenger tidak menyebut tentang kebarangkalian Wilshere tersenarai bersama skuad utama sebaliknya beliau memberitahu Wilshere sudah 80% cergas dan bakal diturunkan bersama skuad bawah 21 tahun menentang Everton isnin ini untuk terus membantunya cergas sepenuhnya.

Jack Wilshere yang sebelum ini telah menamatkan 90 minit menentang pasukan simpanan Chelsea menunjukkan perkembangan yang baik dalam proses pemulihannya. Tidak mustahil beliau bakal diturunkan sekurang-kurangnya sebagai sub untuk memanaskan badan beliau sebelum turun beraksi seperti biasa. Kehadiran Jack Wilshere sememangnya ditunggu-tunggu berikutan ketiadaan Diaby yang sedikit merencatkan larian Arsenal ketika ini. Tetapi tidak perlu terlalu gopoh untuk melihat aksi pemain muda ini berikutan tempoh 14 bulan yang dilalui sudah cukup lama untuk menyeksakan beliau dan penyokong Arsenal sendiri. Untuk kembali pada prestasi asal pastinya memakan sedikit masa dan Wenger tentu sudah mencongak masa tebaik buat pemain ini mula beraksi.

No comments:

Post a Comment