Wednesday, October 17, 2012

Khabar mengenai Santos

Assalamualaikum,dan salam sejahtera. Terkini berkaitan dengan pertahanan kiri berpengalaman Arsenal Andres Santos yang mula menjadi sebutan media di Eropah tentang masa depannya bersama Arsenal.

Santos yang menandatangani kontrak bersama Arsenal pasa musim panas 2011 yang lalu kini hanya berpeluang beberapa kali diturunkan berikutan prestasi cemerlang Kieran Gibbs yang bermain di posisi yang sama.

Beberapa hari lalu ada dikhabarkan kenyataan Santos berikutan kesediaan beliau untuk kembali bermain di kancah bola sepak Turki andainya beliau menerima lamaran dari mana-mana kelab di sana. Namun Santos menyatakan masih memberi komitmen kepada pasukannya sekarang, Arsenal.

Kini khabar Galatasaray yang turut bertapak di Turki pula menunjukkan minat mendapatkan khidmat pemain bek kiri Arsenal ini. Walau bagaimanapun ini sekadar khabar dan tidak ada apa-apa kenyataan rasmi lagi mengenai isu ini. 

Pada pandangan aku, Santos perlu dikekalkan atas sebab-sebab  persembahannya bersama Arsenal musim lepas. Beliau boleh menjadi backup buat Gibbs dan kadangkala boleh dijadikan flank sekiranya perlu. Shot dari pemain ini juga agak membahayakan. Selain itu, sikapnya yang ceria dapat menimbulkan mood yang baik di bilik persalinan ataupun padang latihan. Satu lagi semangat yang aku gemari tentang pemain kelahiran Brazil ini adalah semangat dan hubungan beliau sesama rakan pasukan. Kalau ingat lagi perlawanan menentang ManCity musim lepas dimana Balotelli cuba untuk membuli pemain Arsenal tapi tidak selepas didiamkan oleh Santos. Pemain ini tidaklah membawa masalah kepada pasukan melainkan sikapnya yang suka memandu laju.

No comments:

Post a Comment