Friday, September 28, 2012

Kemungkinan Jenkinson bersama England


Carl Jenkinson Carl Jenkinson of Arsenal FC in action during the pre-season Asian Tour friendly match between Kitchee FC and Arsenal at Hong Kong Stadium on July 29, 2012 in Hong Kong.
Salam buat semua gooner. Untuk cerita kali ini adalah berkenaan bek kanan yang mula mencuri perhatian Carl Jenkinson yang dikhabarkan berkemungkinan besar akan dipanggil untuk bersama skuad England menghadapi kelayakan piala dunia menentang San Marino dan Poland pada perlawanan akan datang.

Jenkinson yang mula menunjukkan prestasi positif dalam kesemua perlawanan Arsenal kecuali menentang Coventry City berjaya memukau perhatian Jurulatih skuad England Roy Hodgson. Beliau merupakan antara barisan pertahanan Arsenal yang hanya melepaskan 2 gol setakat ini dalam kesemua perlawanan liga. 

Sebelum ini Glenn Johnson dan Kyle Walker merupakan individu yang menjadi pilihan utama Hodgson. Tetapi Johnson tidak dapat diturunkan berikutan penggantungan perlawanan manakala backup buat kedua-dua pilihan utama ini iaitu Martin Kelly mengalami kecederaan panjang dan ini meningkatkan kebarangkalian Jenkinson dipanggil untuk bersama skuad England sekurang-kurangnya sebagai simpanan.

Bapanya berasal dari England dan Ibunya pula berasal dari Finland. Beliau yang boleh memilih sama ada untuk bermain bersama Finland mahupun England pernah menolak tawaran beraksi bersama skuad senior Finland. Sudah pasti beliau menginginkan peluang untuk beraksi bersama skuad senior England di bawah kendalian Roy Hodgson dan pemain-pemain ternama yang lain. Sama-sama mengharapkan Jenkinson akan terus melonjak mencuri tempat selaku bek kanan utama England andainya itu pilihan beliau.

Petikan kata-kata Wenger,
'I believe Jenkinson will have an impact here and you will fight for him not to play for Finland.'
Tidak dinafikan lagi Arsene Wenger sememangnya miliki kemampuan yang tidak ada pada pengurus lain. Sudah ramai anak didik beliau menyerlah dalam dunia bola sepak masakini sehingga sudah ada yang pandai mengkritik keupayaan beliau. Bakat-bakat sedia ada diharap loyal dalam merah putih Arsenal. In Arsene We Trust.
  

No comments:

Post a Comment