Thursday, September 27, 2012

Arsenal vs Coventry City ( 6-1 )

Olivier Giroud Olivier Giroud of Arsenal scores their first goal past Joe Murphy of Coventry City during the Capital One Cup third round  match between Arsenal and Coventry City at Emirates Stadium on September 26, 2012 in London, England.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Arsene Wenger skali lagi menunjukkan kehebatannya mengelola taktikal Arsenal setelah Arsenal berjaya membenam cabaran Coventry City dalam perlawanan memburu Capital One Cup awal pagi tadi. 6-1 adalah keputusan rasmi perlawanan dimana Giroud, Chamberlain, Arshavin, Walcott dan Miquel mengukir nama sebagai penjaring. 

Arsenal memulakan permainan seperti biasa. Dengan pengalaman beberapa pemain, disuntik tenaga muda yang penuh nafsu untuk menunjukkan potensi mereka, Arsenal mengawal perlawanan dengan baik. Setiap pemain pastinya ingin menunjukkan kemampuan mereka untuk merampas kedudukan dalam kesebelasan utama Arsenal, jadi tidak hairanlah Coventry City menjadi mangsa skuad pada pagi tadi yang membariskan gandingan pemain muda dan pemain berpengalaman.

Gol pertama Arsenal muncul pada minit ke 39' perlawanan. Gerakan yang dimulakan Arshavin itu ditambah sedikit sentuhan Coquelin menjadi satu lorongan cantik buat Giroud yang tenang menyudahkan umpanan itu. Itu merupakan gol pertama Giroud bersama Arsenal, dan semoga lebih banyak gol menyusul dari pemain tinggi itu. Gol berkenaan tidak bermakna beliau sudah mula serasi dengan corak permainan semasa Arsenal lagi-lagi ketika kita hanya bertemu kelab bawahan tetapi ia cukup untuk memberikan ruang beliau menarik nafas dan mengurangkan tekanan dihadapi dalam mencari gol. Seterusnya pada akhir babak pertama Arsenal telah dihadiahkan sepakan penalti setelah Arshavin dijatuhkan namun Giroud yang mengambil sepakan itu gagal memanfaatkan Arsenal untuk berada lebih selesa dihadapan setelah sepakan nya mudah dibaca penjaga gol Coventry City.

Berakhir babak pertama. Memulakan babak kedua. Arsenal turun dengan lebih berdisiplin. Pastinya ketika berada di bilik persalinan masa yang ada digunakan sebaiknya oleh Wenger untuk merancang semula apa yang perlu dan tidak, buat semua pemain yang berada diatas padang. Pesta Arsenal bermula sebaik saja Chamberlain membuat satu rembatan jarak jauh pada minit 57' yang gagal di gapai penjaga gawang Coventry.

Tidak lama selepas itu,giliran Andrei Arshavin membuka akaun nya sebagai penjaring untuk Arsenal musim ini setelah menerima hantaran cantik dari Giroud dan tenang menghantar bola ke sebelah kiri penjaga gol  pada minit ke 63'. 

Seterusnya Walcott menambah derita Conventry pada minit ke 74 apabila menjaringkan gol setelah menerima lorongan dari Yennaris dan merembat bola pada sudut kegemaran beliau. Coventry yang sudah dibolosi 4 gol masih belum mahu menyerah dan mereka berjaya mendapat gol pada minit 78' diatas kelekaan barisan pertahanan Arsenal yang pada aku tidak sepatutnya gol bagi pasukan yang sudah biasa dengan crossing bahaya seperti itu. Tetapi menjadi kebiasaan Arsenal mudah leka dengan gol yang telah dihasilkan.

Sentap dengan jaringan itu, Arsenal kembali kelandasan mencari gol dan pada minit ke 80' Miquel mencatat nama sebagai penjaring hasil dari hantaran oleh Arshavin. Malam gemilang Arsenal ditutup pada minit ke 90' apabila larian deras Walcott memecah pertahanan Coventry City dan memberi peluang kepada Walcott membuat placing cantik ke kiri penjaga gol. Walcott seakan-akan mahu memberi mesej buat Wenger akan kebolehan nya untuk menjadi pemusnah terbaru untuk Arsenal. Perlawanan berkesudahan tanpa sebarang kecederaan. Persembahan ditunjukkan baik berbanding di awal babak pertama.

Pemain yang mencuri tumpuan pada awal pagi tadi adalah Andrei Arshavin, Francis Coquelin,  Yennaris dan Theo Walcott. Petanda baik buat Arsenal memiliki pemain-pemain simpanan berkualiti dalam mengharungi perlawanan-perlawanan yang makin padat. Arshavin telah dipilih sebagai 'Man Of The Match' dalam perlawanan pagi tadi. Frimpong yang buat pertama kalinya turun semenjak cedera pada Februari lalu dilihat cergas dan beraksi dengan baik.


Berikut adalah reaksi Wenger mengenai Arshavin dan Walcott.

on Walcott playing up front…
I am not against it, not at all. We will try. At the moment we have a big competition up front, we have a different formula and the team is doing well. His time will come for that and at the moment we have to be a bit patient. He is a great finisher now, Walcott, in front of goal he is absolutely amazing.

on contract talks…
We all want him to stay. I always said exactly the same. I always said let's hope that we can sign up and extend [his contract]. I speak to Theo of course. To his agents? We are always in touch with them and you have to give us some time to sort that out. 

on Arshavin's central role…
Arshavin's best position looks to be behind the striker now because that's where his vision, the creative side of his game, can be very efficient. When he has to work on the flank it is sometimes working against him because he has to work too hard up and down. But when he's central he always had an influence on the game.


No comments:

Post a Comment