Monday, September 24, 2012

Mertesacker 'The Arsenal Guard'



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua gooner. 'Man Of The Match' itulah gelaran yang diberikan kepada pengawal tengah kubu Arsenal iaitu Per Mertesacker menerusi laman web rasmi Arsenal. Mencatatkan undian tertinggi diikuti Koscielny menunjukkan rata-rata penyokong menghargai semangat dan kerajinan pertahanan tengah Arsenal itu.

Melihat kepada aksi beliau kemarin, mengekang pergerakan Aguero yang pantas dan memiliki kawalan bola yang baik seolah-olah tidak percaya beliau mampu mematikan pergerakan penyerang licik Mancity itu. Tidak dinafikan kewujudan koscielny, arteta, jenkinson dan gibbs turut membantu persembahan beliau. Namun apa yang ingin dinyatakan disini adalah bagaimana beliau menunjukkan kematangan dalam permainan BpL yang pantas setelah semusim berada di Arsenal.


Diawal musimnya bersama Arsenal beliau agak susah untuk memahami corak permainan liga inggeris dan seringkali beliau mudah dilepasi  oleh pemain yang memiliki kepantasan dan kawalan bola yang baik. Lorongan-lorongan yang  melepasi beliau juga hanya mampu dilihat kerana beliau tidak berada pada posisi yang sepatutnya dalam bertahan. Dengan persembahan kurang meyakinkan itu, beliau bukanlah pilihan utama untuk digandingkan bersama Vermaelen pada musim lalu.

Semalam adalah perlawanan yang mampu menilai  keupayaan sebenar Mertesacker. Memiliki penyerang ternama seperti Aguero, Tevez, Balotelli, Dzeko namun apa yang mampu ManCity lakukan??Lescott yang menjaringkan gol. Turun selaku  Juara liga di kubu sendiri apa yang mereka mampu lakukan??.Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan semalam. Pengalaman adalah guru terbaik dalam mengajar seseorang, di situlah dapat kita lihat bagaimana Mertesacker menyesuaikan diri dalam permainan di England. Pengalaman, kemahiran, dibantu oleh Wenger yang sememangnya tahu bagaimana untuk menyerlahkan potensi seorang pemain disamping Bould yang mencurahkan idea dan taktikal dalam bertahan Mertesacker turun dengan lebih yakin. Tidak perlu kepantasan untuk mengekang Aguero, tidak perlu kekuatan untuk mencabar Dzeko , tidak perlu takut dengan lorongan toure atau silva, tetapi dengan keupayaan membaca permainan dan pergerakan lawan beliau sentiasa berada di posisi yang betul untuk mematahkan serangan pihak lawan. 

Per Mertesacker of Arsenal wins the header before David Silva of Manchester City during the Barclays Premier League match between Manchester City and Arsenal at Etihad Stadium on September 23, 2012 in Manchester, England.


Diharapkan persembahan yang ditunjukkan akan berkekalan sehingga penghujung karier beliau. Tahniah atas persembahan semalam. Moga Per Mertesacker terus dalam merah putih Arsenal.


GoGunners,

No comments:

Post a Comment