Saturday, September 22, 2012

Menjadi Tetamu Manchester City

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. untuk entri pertama, memandangkan arsenal akan berkunjung ke Ettihad Stadium ahad ini, aku akan beri sedikit gambaran tentang persiapan arsenal. 

Arsenal telah mencatat kemenangan pada aksi terakhir menentang pasukan TheCitizen dalam BpL pada april lalu. Kemenangan yang dicatat di Emirates itu adalah hasil tembakan tepat Arteta ke gawang ManCity yang gagal ditepis Hart dan memberikan 3 mata berharga buat arsenal. Namun ketika menentang Mancity dalam jelajah pramusim di China arsenal tewas 0-2. Perhitungan sebenar akan berlangsung esok dan pastinya ini akan menggambarkan kekuatan skuad arsenal dalam mencari kejuaraan liga musim ini.


Pertembungan ahad ini dijangka bakal memberikan kelainan tersendiri terutama kepada arsenal yang diteraju beberapa muka baru. setelah diteliti 3 game arsenal yang telah dilalui. sebagai penyokong masih sukar untuk meramalkan kesebelasan utama yang bakal diturunkan. Arsenal yang sedang dalam nafsu mencari kemenangan seterusnya pasti memberi keresahan buat skuad kendalian Mancini. kehadiran cazorla, dan podolski semakin dirasai dan kita masih ternanti-nanti jaringan sulung Giroud yang belum serasi agaknya. Dalam sidang media terbaru Mancini menegaskan Arsenal merupakan pencabar untuk kejuaraan liga musim ini. Hanya musuh yang boleh menilai kekuatan lawannya. Itulah  kata-kata yang mampu diberikan buat persie. Kenyataan persie bahawa arsenal tidak mempunyai hasrat menjulang trofi sama sekali tak boleh dipakai!.Kita nantikan Pertembungan dengan ManU.

Kemenangan yang dicatat arsenal dalam tiga game berturut-turut tidak menjamin persembahan mereka disana nanti. diharapkan corak permainan cantik yang dilakukan pada aksi menentang liverpool dan southampton dapat diulangi. kesinambungan bola dari pertahanan kepada serangan lancar dan menghasilkan peluang-peluang yang mampu memberikan bahaya kepada lawan. ManCity pastinya tidak mahu menghampakan para penyokong nya lagi setelah kehilangan 3 mata dalam aksi Liga Juara-Juara bertemu RealMadrid. Rekod mereka yang tidak tewas dalam beberapa perlawanan di tempat sendiri pastinya ingin dikekalkan dan sudah tentu tidak mudah untuk arsenal menundukkan juara BpL ini di kubu mereka. dengan beberapa tonggak yang masih samar-samar untuk diturunkan ini memberi sedikit kelegaan buat arsenal.

Jentera tengah arsenal pastinya antara bahagian yang akan berhempas pulas untuk menjana serangan pada aksi esok hari. Cazorla diharapkan dapat memberi umpanan-umpanan cantik kepada tonggak serangan arsenal supaya dapat memecah gawang City. Prestasi semasa podolski dan Gervinho juga pasti akan membuatkan pertahanan ManCity mengekang pergerakan mereka sekiranya mereka diturunkan.



Jack Wilshere & Frimpong kembali berlatih dengan skuad utama

Pasti ramai yang sudah sedia maklum dengan kembalinya dua bakat muda arsenal ini di padang latihan. Mereka kembali menjalani latihan seperti biasa dan wenger memuji kedua-dua pemain ini yang bersemangat menjalani latihan. Kehadiran mereka berdua ini sudah pasti memberi saingan sihat buat jentera tengah arsenal  selain dapat meringankan beban bagi melalui jadual perlawanan yang semakin padat. mereka mungkin akan diturunkan pada masa sesuai dan setakat ini, Frimpong mendahului wilshere dan dilihat lebih bersedia untuk diturunkan. Apapun diharapakan yang terbaik datang dari mereka dan kelibat wilshere pastinya dinantikan penyokong arsenal dan England.

GoGunners,




No comments:

Post a Comment