Monday, September 24, 2012

Manchester City vs Arsenal ( 1-1 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Sedikit ulasan tentang perlawanan malam tadi. Arsenal berjaya mengikat ManCity dengan seri 1-1 sama untuk sama-sama meraih 1 mata dan  Arsenal masih mengekalkan rekod tanpa kalahnya. Mengejutkan apabila kesebelasan Arsenal berubah disat-saat akhir dimana kapten pasukan Vermaelen tidak dapat diturunkan berikutan tidak sihat (selsema) dan digantikan dengan Koscielny  yang pertama kalinya menjadi kesebelasan utama untuk kempen musim ini . Chamberlain juga tidak berada di kesebelasan utama yang menyaksikan Ramsey berada di posisi kanan. Lain-lain pemain turun seperti yang telah diramalkan dengan Arteta diberi tanggungjawab menjadi kapten pasukan.

Bermain di depan penyokong lawan tidak menjadi masalah buat arsenal yang mendominasi perlawanan sebaik saja wisel ditiupkan. Permainan mudah, hantaran pendek dan lorongan merbahaya membuatkan kita yang menonton terhibur dengan aksi mereka. Cuma kegagalan arsenal mencipta shot on target mengecewakan dan banyak peluang di buang begitu saja. ManCity tidak kurang hebatnya, beberapa percubaan dibuat untuk menguji kekentalan barisan pertahanan Arsenal. Antara yang meresahkan Arsenal pada malam tadi kelibat Aguero, Yaya toure, dan Silva. 


Ditengah kerancakan permainan, Arsenal dikejutkan dengan jaringan Lescott yang mudah menanduk hantaran sudut untuk ManCity mendahului 1-0. Arsenal seperti kehilangan fokus terutama dibahagian tengah yang menyaksikan Diaby mudah kehilangan bola manakala Arteta beberapa kali membuat hantaran kurang kemas yang mudah dibaca pihak lawan. Masuk separuh masa kedua, arsenal dilihat lebih berdisiplin kali ini dan mencipta beberapa peluang. Gervinho adalah pemain yang perlu dibasuh oleh wenger berikutan beberapa kali mencari jalan sukar sedangkan option rakan-rakan sepasukan banyak dihadapannya. Terlalu ingin mencari gol untuk diri sendiri itulah antara punca kegagalan bahagian serangan Arsenal malam tadi. Dimana hilangnya teamwork yang ditunjukkan pada game lepas??Gervinho terlalu ingin menambah koleksi golnya sendiri. Itu bukanlah arsenal yang kita mahukan.

10 minit sebelum masa tamat, arsenal semakin garang memaksa ManCity berkampung di kubu mereka. walaupun ditambah kehadiran Tevez, balotelli di bahagian serangan, sedikit pun tidak menggentarkan anak-anak buah wenger. Koscielny menjadi hero untuk arsenal apabila menyamakan kedudukan menerusi sepakan kencang setelah hantaran sudut yang tiba ke gawang Mancity gagal dikeluarkan pertahanan mereka.
Apa-apa pun, tahniah buat Arsenal kerana berjaya mengikat ManCity di tempat mereka. Pada babak awal permainan arsenal bermain cukup baik cuma peluang tidak dimanfaatkan. Diharap gervinho dapat menunjukkan semangat satu pasukan selepas ini. Berdasarkan permainan malam tadi, anda nilailah bagaimana gandingan podolski dengan gibbs dan gandingan gervinho dengan gibbs. gibbs lebih berbisa apabila bersama podolski kerana podolski gemarkan permainan mudah yang menggunakan semua pemain yang ada dilkelilingnya. berbeza dengan gervinho. Inilah sedikit ulasan, pandangan dari aku. Dibawah aku lampirkan rating pemain untuk game malam tadi.

Mannone : 7
Jenkinson : 7
Mertesacker : 8
Koscielny : 7.5
Gibbs : 7
Arteta : 6.5
Diaby : 6
Cazorla : 7
Ramsey : 7.5
Podolski : 6.5
Gervinho : 5.5



Nilailah sendiri gooners semua...inilah Arsenal...
kebanggaan merah putih..




No comments:

Post a Comment