Wednesday, September 26, 2012

Pra Perlawanan Arsenal vs Coventry City






Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada awal pagi esok Arsenal bakal menerima kunjungan Coventry City di Emirates stadium bagi perlawanan pusingan ketiga Capital One Cup atau sebelum ini dikenali sebagai Carling Cup.



Berikut merupakan rekod semasa kedua-dua pasukan dalam 5 perlawanan terakhir dalam liga masing masing :

Arsenal (Barclays Premier League)   : D-D-W-W-D 
Coventry City (Ligue One)                    : L-L-L-L-L 

Berdasarkan rekod semasa Arsenal dilihat berupaya untuk menjinakkan Coventry City malam ini. Persembahan Coventry City sejak lima perlawanan terakhir didalam liga juga menunjukkan mereka bukanlah pilihan untuk memenangi perlawanan pada malam ini.

Namun pasukan ini tidak boleh dipandang mudah buat anak-anak buah Arsene Wenger. Segalanya tidak mustahil dalam bola sepak. Kelab-kelab seperti ini biasanya lebih bersemangat dalam memburu kejuaraan seperti ini. Lihat sajalah bagaimana Liverpool dipaksa bekerja keras ketika bertemu pada final Carling Cup musim lalu ketika berdepan Cardiff City.

Kesebelasan pemain pada malam ini? sukar sebenarnya untuk meramalkan siapa yang bakal diturunkan. Wenger pastinya bakal menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberikan peluang kepada bakat-bakat muda Arsenal disamping merehatkan beberapa pemain utama menjelang pertemuan dengan juara Eropah, Chelsea.

“Hector Bellerin, Kris Olsson, Serge Gnabry,Nico Yennaris and Craig Eastmond could be [involved],” Wenger told Arsenal Player. “All these players could have an opportunity to play. Ignasi Miquel will play. We will have a good mixture of experience and professional top-class players.

“We want to put out a talented side that has a good chance to win the game. We will give a chance to some players who have not played as many games recently. The players that did not play on Sunday [at Manchester City] will get a chance and it’s a good opportunity for them to show they can do well.”

Gandingan pemain berpengalaman dan pemain muda pastinya menjadi taruhan Arsenal malam ini. Diharapkan Giroud diberi peluang untuk memberikan gol pertamanya kepada Arsenal pada malam ini seterusnya mendapat keyakinan untuk melayan kunjungan lawan setempat kita Chelsea hujung minggu nanti.

Martinez

Yennaris     Djourou        Miquel     Santos

Eisfeld     Chamberlain   Coquelin

Walcott          Giroud        Arshavin

Ini ramalan kesebelasan yang akan memulakan perlawanan pada awal pagi esok. Dikhabarkan Frimpong mungkin akan diturunkan di bangku simpanan. Diharapkan defensive midfielder Arsenal itu segera  menunjukkan taringnya setelah lebih kurang tujuh bulan berehat berikutan kecederaan. Semoga Arsenal akan meneruskan rentak kemenangan.  

Ramalan: Arsenal 3 - Conventry City 0

Dengan harapan Giroud dan Arshavin tersenarai sebagai penjaring. Sekadar pengetahuan, Chelsea membelasah  Wolve 6-0 pagi tadi. Arsenal akan kejutkan Chelsea dari mimpi indah itu pada game seterusnya.Nantikan.






No comments:

Post a Comment