Saturday, January 19, 2013

Dalam Radar Arsenal

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat gooners. Pertama sekali diucapkan tahniah buat Walcott yang sudah menandatangani kontrak baru yang khabarnya dilanjutkan sehingga 2016.  Semoga beliau mampu menjadi Legenda Arsenal yang seterusnya. Berita ini sedikit sebanyak buat Wenger rasa lega kerana lebih banyak perkara lain yang perlu diberi keutamaan menjelang beberapa pertemuan penting yang bakal dilalui selepas ini.

Thursday, January 17, 2013

FA Cup, Januari Yang Sunyi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Beberapa lama meninggalkan ruangan ini berikutan urusan semasa yang menghadkan waktu  untuk membuat entri terbaru berkenaan Arsenal. Buat penyokong yang sentiasa mengikuti perkembangan Arsenal sudah pasti prestasi yang tidak konsisten ditunjukkan anak buah Arsene ketika ini sedikit meresahkan tambahan pula laluan yang bakal di tempuh selepas ini agak sukar apabila kita akan sekali lagi bertemu Chelsea dalam London Derby yang dijadualkan Ahad ini.

Wednesday, November 7, 2012

Gaji pemain-pemain Arsenal

Berikut dilampirkan senarai gaji pemain Arsenal dan rumuskanlah sendiri kemahiran Wenger dalam berbelanja berbanding pengurus-pengurus lain. Namun ini hanyalah satu advantage buat pemilik-pemilik rakus yang menggadai kemegahan Arseal untuk keuntungan sendiri.

Wednesday, October 31, 2012

Reading vs Arsenal ( 5-7 )

Bismillahirrahmanirrahim. Puas menonton drama kejam yang yang panjangnya 2 jam. Rasa berdebar belum hilang dan teruja melihat semangat, kegembiraan yang terpancar di wajah yang awalnya terseksa mental fizikal beradu tenaga di hadapan berpuluh ribu penyokong lawan di Madejski stadium. Satu revival yang boleh dibanggakan buat semua gooners. Seolah-olah satu persembahan kepada legenda Arsenal Tony Adams yang turut hadir memberi sokongan kepada bekas kelabnya ini.

Nike vs Adidas


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Khabar terkini dari Utara London mengenai pasukan kita yang tidak kurang menariknya berkenaan penajaan jersi Arsenal untuk musim-musim yang akan datang. Hangat diperkatakan Arsenal bakal mengakhiri 18 tahun jalinan kerjasamanya bersama Nike.

Granero "Midfield is Arsenal Strongest Area"

Salam gooners, sekadar maklumat tambahan buat semua penyokong Arsenal yang mengikuti Arsenal Setia. Baru-baru ini pasti gooner di seluruh dunia gembira melihat pulangnya nombor 10 Arsenal yang kembali menjadi pelukis di padang dengan bantuan dua rakannya yang belum pernah membuat penampilan rasmi bersamanya sebelum ini iaitu Arteta dan Cazorla.

Pra Perlawanan Reading vs Arsenal

Salam buat semua gooner. Awal pagi ini skuad kendalian Arsene Wenger akan meneruskan cabaran Capital One Cup menentang Reading untuk ke pusingan seterusnya. Laman rasmi Arsenal telah mendedahkan 18 pemain terpilih yang akan berkunjung ke stadium Madejski dan sudah menjadi tradisi dalam menghadapi cabaran ini Arsenal akan menurunkan bakat-bakat mudanya untuk menimba pengalaman disamping menyelitkan beberapa pemain simpanan skuad utama sebagai aksi panas badan mereka.